Laman Utama LBNK Klik Sini

TERMA DAN SYARAT


PERMOHONAN PINJAMAN PELAJARAN

LEMBAGA BIASISWA NEGERI KEDAH


Tawaran Permohonan Pinjaman Pelajaran Sesi 2 2011/2012 oleh Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman melalui Lembaga Biasiswa Negeri Kedah dibuka mulai 15 Ogos 2011 hingga 10 September 2011.

Pemohon mestilah :-

Dilahirkan di Negeri Kedah atau

Salah seorang daripada ibu / bapa pemohon lahir di Negeri Kedah.

Telah mendapat tawaran melanjutkan pengajian dalam Negara di mana-mana universiti dibawah tajaan LBNK  ( Senarai IPT Tajaan ).

Mengikuti pengajian secara sepenuh masa.

Belum menerima mana-mana tajaan Pinjaman / Biasiswa / Penganjur daripada badan-badan tajaan yang lain.

Permohonan hendaklah dibuat secara atas talian (on-line) melalui laman web LBNK di alamat  www.lbnk.gov.my

Pemohon perlu mencetak dan menghantar Pengesahan Permohonan & Kad Jawapan berserta setem bernilai 80 sen selepas selesai mengisi permohonan di laman web LBNK bersama-sama dokumen yang disenaraikan ke pentadbiran ini :-

Salinan Kad Pengenalan pemohon

Salinan Sijil Beranak pemohon

Salinan Sijil Beranak Ibu atau Bapa JIKA pemohon tidak dilahirkan di Negeri Kedah

Salinan sijil-sijil SPM/Diploma/Ijazah Pertama/Ijazah Sarjana

Salinan surat berhenti sekolah

Salinan SURAT TAWARAN masuk dari Pusat Pengajian berkenaan

Segala dokumen yang disertakan perlulah disahkan terlebih dahulu oleh pegawai-pegawai yang layak.

Pengesahan Permohonan dan dokumen-dokumen di atas hendaklah sampai ke pentadbiran ini sebelum atau pada

15 September 2011

ke alamat seperti di bawah :-


PENGARAH

LEMBAGA BIASISWA NEGERI KEDAH DARUL AMAN

PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI

ARAS 2, BLOK C, WISMA DARUL AMAN

05503 ALOR SETAR

KEDAH DARUL AMAN

      NO. TEL: 04-7744451 , 04-7744452 , 04-7744453 , 04-7744454


Permohonan yang tidak lengkap dan tidak memenuhi syarat tidak akan diproses.

PERMOHONAN PINJAMAN PELAJARAN

LEMBAGA BIASISWA NEGERI KEDAH


Tawaran Permohonan Pinjaman Pelajaran Sesi 2020/2021 oleh Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman melalui

Lembaga Biasiswa Negeri Kedah dibuka mulai 16 Ogos 2020 hingga 17 September 2020.

Pemohon mestilah :-



SETIAUSAHA

LEMBAGA BIASISWA NEGERI KEDAH DARUL AMAN

PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI

ARAS 2, BLOK C, WISMA DARUL AMAN

05503 ALOR SETAR

KEDAH DARUL AMAN


      NO. TEL: 04-774 4464 ,  04-774 4463 ,  04-774 4452 , NO. FAX: 04-774 4454