IKLAN TAWARAN PINJAMAN PELAJARAN LBNK











Web Counter


KERAJAAN NEGERI KEDAH DARUL AMAN

LEMBAGA BIASISWA NEGERI KEDAH

TAWARAN PINJAMAN PELAJARAN SESI 2020/2021



PERMOHONAN ADALAH DIPELAWA DARIPADA ANAK-ANAK NEGERI KEDAH DARUL AMAN YANG TELAH DITAWARKAN MENGIKUTI PENGAJIAN SEPENUH MASA DI INSTITUT PENGAJIAN TINGGI TEMPATAN UNTUK DIPERTIMBANGKAN PINJAMAN PELAJARAN LEMBAGA BIASISWA NEGERI KEDAH BAGI PERINGKAT PENGAJIAN SEPERTI BERIKUT:-


Ijazah Pertama/Diploma di Semua Universiti Awam Tempatan


Ijazah Pertama/Diploma di Institut Pengajian Tinggi seperti di bawah:-

Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (UniSHAMS), Asian Institute of Medicine, Science

and Technology (AIMST), Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM), Universiti Tun Abdul Razak (UNIRAZAK), TATI University

College and Terengganu Advanced Technical Institute, Universiti Selangor (UNISEL) dan Institut Pertanian, Jabatan

Pertanian Malaysia sahaja.


Sijil/Diploma di Politeknik Seluruh Malaysia dan Kolej Komuniti Cawangan Negeri Kedah Darul Aman sahaja.


SYARAT-SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN

ARAT-SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN

1. Calon-calon mestilah terdiri daripada Anak Negeri Kedah Darul Aman iaitu:-

• Calon dilahirkan di Negeri Kedah Darul Aman DAN

• Salah seorang daripada Ibu/Bapa lahir di Negeri Kedah Darul Aman

2. Telah mendapat tawaran belajar SECARA SEPENUH MASA.

3. Pusat pengajian DI DALAM NEGARA SAHAJA.

4. Tidak menerima Pinjaman Pelajaran/Biasiswa/Penganjur dari mana-mana badan penajaan yang lain.


CARA-CARA MEMOHON


Permohonan bolehlah dibuat secara atas talian melalui laman sesawang:

www.lbnk.gov.my atau www.kedah.gov.my mulai 16 Ogos 2020 hingga 17 September 2020.


PERINGATAN


1. Permohonan yang tidak lengkap atau tidak memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan tidak akan dipertimbangkan.      Sebarang keputusan yang dibuat berkaitan perkara ini adalah muktamad.

2. Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas TIGA (3) BULAN dari tarikh tutup iklan hendaklah dianggap     TIDAK BERJAYA.


Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut sila hubungi Unit Penajaan

di talian 04-702 7296 / 7288 / 7286 atau Kaunter UTC-LBNK di talian 04-736 0048.


Emel: sppnk@kedah.gov.my

TARIKH TUTUP PERMOHONAN SECARA ATAS TALIAN

ADALAH PADA 17 SEPTEMBER 2020