Laman Utama LBNK Klik Sini

Soalan Lazim


1. Saya sedang mengikuti pengajian secara separuh masa/jarak jauh, adakah saya boleh memohon?

      Tidak Boleh. Pelajar perlulah mengikuti pengajian secara sepenuh masa sahaja.


2. Saya merupakan pelajar pada tahun kedua tetapi masih tiada penaja. Adakah saya boleh memohon?

      Boleh. Dengan syarat tempoh pengajian lebih dari setahun dari tarikh 1.9.2019.


3. Bolehkah saya memohon pinjaman LBNK , PTPTN atau mana-mana penaja lain pada masa yang sama?

      Boleh. Tetapi sekiranya berjaya, perlulah memilih salah satu sahaja.


4. Sekiranya saya terlewat menyemak keputusan dari tarikh yang ditetapkan, adakah permohonan tersebut akan terbatal?

               Ya. Walaupun anda telah berjaya dalam permohonan tersebut.


5. Bolehkah saya membuat rayuan sekiranya permohonan awal saya tidak berjaya?

Boleh. Tempoh rayuan akan dibuka selepas tarikh semakan keputusan. Sila pastikan anda tidak terlepas tarikh tersebut.


6. Adakah saya layak memohon walaupun pusat pengajian saya tidak tersenarai?

               Tidak layak. Pelajar perlulah mengikuti pengajian di institut yang ditaja oleh pihak Pembiayaan Pendidikan Negeri

 Kedah  (PPNK) sahaja.


7. Saya merupakan pemegang PTPTN untuk pengajian saya sekarang. Bolehkah saya memohon pinjaman PPNK kerana PTPTN saya telah disekat untuk semester akan datang.?

   Tidak Boleh. Pemohon tidak boleh mempunyai penaja lain dalam masa yang sama.         

                PPNK berhak membatalkan permohonan sekiranya didapati mempunyai penaja lain.


8. Adakah saya boleh mengisi semula borang permohonan atau ada penambahan hendak dilakukan sekiranya tersilap?

      Boleh. Pemohon hanya perlu ‘login’ semula dengan memasukkan No. Kad Pengenalan dan No. Rujukan Permohonan di                ‘Pautan Edit’.